Hiking Gunung Suku

14/10/2017. Niat nak hiking ni dah lama pendam. Cuma xnampak jalan & xde masa. Sebab aktiviti ni biasa hari sabtu. Sabtu aku keje..sobb..sobb. Aku jenis yang suka dengan nature. Masuk hutan & aktiviti lasak yang xberapa lasak. Lasak sgt & aktif sangat kang takut makin kurus..hehe. Padahal alasan je lebeh..hahaha. Aku penah try Skytrax, Jambatan gantung FRIM, camping Kem Jati Diri camping masa KESAT dulu (Camping dalam hutan UiTM Machang masa first year diploma tahun 2007), join kem under KBS tahun 2007 & camping kat kaki Gunung Ledang tahun yg sama.

Penghujung tahun 2017 baru ada peluang nak hiking. Tu pun lepas adik aku ajak join first hiking Gunung Suku. Masa mula2 join mmg xprepare apa2. ZERO bai..haha.. Masak aku nak panjat gunung. First trial dah dapat gunung setinggi 1797 meter. Matilanak. Niat mula2 nak cabar diri buat something yang xpenah buat. Sebelum naik mmg xtau pun ketinggian & track macam mana. Main redah je. Bila gunung dah depan mata memang masak la aku. Tula x buat research lagi sape suruh.

Gerak dari KL berlima. Sampai sana dgn xmakan nya, mengantuk, xde preparation pape, xde stamina & x warming up proper terus mendaki. 15 minit pertama dah pewai. Ada rasa nak give up. Tapi semangat aku nak sampai peak tu lagi tinggi dari nak give up. Mmg niat nak merasa sampai peak. Muntah xyah ckp la. Bersepah sepanjang jalan. Bikin malu je...haha. Tapi xpe, dengan nama newbie still boleh simpan lagi malu tu..huhu. Track dia pacak saje. Gerak dalam pukul 9 pagi. Dekat 4 ke 5 jam hiking baru sampai peak. MashaAllah perasaan masa smp tu seronok gile. Yela dapat buat something yg xtercapai dek akal sape xsuka kan. :)

Trip kali ni xbyk sgt story. Cukup utk aku share pengalaman pertama. Kisah turun lak ktorg ber3 turun hanya 3 org je. Sebab xnak duk hutan dalam gelap. (Jangan ikut perangai ktorg ni, seeloknya follow organizer takut jadi pape susah). Masa turun tu pun blh tahan pewai gak aku. Banyak kali benti smp nak tercabut kaki. Jalan pakai kasut dah, buka kasut sudah, pakai stoking sahaja pun dah. Last2 sarung kasut balik baru ok. Tapi kaki mmg sakit la. Sampai bawah dekat pukul 7 malam. Rehat jap brp minit then trus gerak balik KL.

Kat bawah ni antara gambar2 masa trip Suku ritu. Enjoy guys.


Line-up masa trip ni


2 org adik tu yg follow ktorg dr Kl..tudung coklat tu adik aku










Xke jatuh cinta dengan view mcm ni..MashaAllah sungguh aku ckp lawa nak mam..haha



Gambar panjat pokok ni mak nampak je terus aku kene marah sbb mak takut anak ea jatuh


Menyempat sambut birthday advance


Gambar on track.

Kesan yang ada smp skang kuku kaki den rosak sikit. Sikit je xbyk. Tunggu sambungan cite g Gunung Besar Hantu (GBH) gunung ke 2 yg aku daki. Adios guys.

Nirzalin 04/01/2018

Comments

Popular Posts