Telapak Buruk & Gunung Berembun

28/01/2018. Hiking ke Telapak Buruk & Gunung Berembun. Trip kali ni trip paling jauh dalam sejarah. Berjalan & hiking sejauh hampir 10km. #TakPewai

Gerak dari rumah dalam pukul 1.15 pagi. Sampai tempat berkumpul dalam 2.30 pagi. Macam biasa awal pagi aku yang pandu. Nasib dekat je. Sampai je terus tido dalam kereta. Dalam pukul 7.00 pagi gerak ke loji tmpt naik powil. Dalam pukul 8.00pg gerak naik powil. Perjalan dalam sejam setengah ke puncak Telapak Buruk. Kali ni trip single trek. Kiranya ktorg menurun dari atas kebawah.


Ni waktu dah sampai starting point kat Telapak Buruk


 
 gambar atas lori on the way ke atas dengan semua Line-up.


9.30pg gerak dari Puncak Telapak Buruk. First point dekat Aircraft  Crashed Area. Sampai dalam pukul 11.00pg. Tempat Aircraft crashed ni kene turun kebawah. Dekat memang dekat, cuma laluan tu teruk sbb br lps hujan. So licin & bahaya sikit. Kene hati-hati. Kat bawah ni aku rungkai kan kisah pasal Aircraft ni.

"Pesawat pengebom RAF B24 Liberator KL654/R tersebut telah berlepas dari Cocos Islands, Australia dan dipercayai sedang menjalankan misi sulit di kawasan Hutan Langkap, Kuala Pilah sebelum terhempas atas faktor yang tidak dapat dikenal pasti pada 23 Ogos 1945 dan mengorbankan kesemua lapan krewnya.


Sumber gambar : Google

Sebahagian pesawat telah ditemui pada tahun 1996 di Negeri Sembilan sebelum pencarian rasmi pada 22 Disember 2006. Seterusnya, ekspedisi kedua pada 29 Ogos 2009 sebelum 80 cebisan tulang krew kapal terbang diserahkan kepada Kapten Kenneth Taylor, Penasihat Pertahanan Tentera British dan disemadikan di Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012.


Sumber gambar : Google

Mereka yang terkorban adalah juruterbang, Leftenan Udara John Selwyn Watts,  Pegawai Udara Edward Donald Mason, Pegawai Udara William Kenneth Dovey, Sarjan Udara Jack Blakey, Sarjan Udara Willian Ross, Sarjan Udara Raymond Arthur Towell, Pegawai Udara John Trevor Bromfield dan Sarjan Udara Arthur Turner.

Apa yang masih menjadi misteri adalah bangkai kepala pesawat ini masih belum dijumpai sehingga sekarang."


Antara nama-nama yang terkorban 



 Seronok ontrek dengan makcik ni, bagus dia ni..positive vibes..huhu


 Gambar kat Aircraft  Crashed Area

Pukul 12.00tghari sambung jalan gunung Berembun. Sampai puncak Berembun dekat pukul 2.00ptg. Puncak Berembun xde apa pun. View apa pun xnmpk. Kira trip ni 100% merasa jalan jauh dalam hutan. Dekat Berembun, aku tido. Makanan yg bawak kuih & bihun grg beli kat kedai je. Tu pun kuih nye dh hancur..haha. Tgh tido ttbe jari kaki dua2 cramp. Dah spray baru kaki ok. Tetiba ada yg pelawa bihun instan, apa lagi. Kita org bedal la. Pantang diajak..haha. Makan bihun 2 bungkus kongsi 4 org. Minum pulak air teh pudina dorg pelawa. Memang sedap la. Rugi sape yang xde masa tu.



Air tea pudina yang ktorg kongsi ber4..sumpah sedap..haha rugi sape yang turun awal xmerasa


Bihun instant je pemberiaan crew baik Pok Ya Cong Codei.

Habis makan, kemas-kemas untuk turun. Next pit-stop kat Gua Kambing & ada water point. Stop kejap je kat Gua Kambing. Sejarah nama Gua ni alkisahnya dulu ada kambing kat gua tu sbb tu tmpt tu diberikan nama Gua Kambing. Takde ape sgt kat Gua Kambing. Tapi aku belanja gambar jela ye..hehe


Sambung jalan ke Lata Berembun. Kali ni ontrek dgn geng baju merah. 3 org yg aku follow ni semua baju merah. Mmg padu teruk dorg ni. Tu pun dgr cerita, yg sorg tu sebenarnya jenis jantung tinggal kat rumah. Kiranya dia punya padu teruk dia xtunjuk masa on trek sesama. Smp Lata, basuh suar & kasut sementara tunggu adik & member aku yg xsmp lagi. Lepak kat Lata sempat la tido. Xmandi sebab semua geng xmau basah. Hmmmmmmmm

Sambung jalan dari Lata pukul 6.00ptg. ktorg terpaksa gerak dulu xtunggu yg lain sebab ktorg antara group yang duk jauh. Majority Line-up waktu ni duk kat Nismilan je. So dorg kalau kuar lambat pun no hal. Sampai bawah dalam 6.30ptg. Alhamdulillah trip kali ni semua keluar dengan selamat.

Konon trip ni preparation utk g Cecil, tapi last minit lipak xjadi g. Sedih!!!


Comments

Popular Posts